Berubat dengan ubat ketuhanan hadapi wabak

Ip

 

BANDAR SERI BEGAWAN 15 Mei – Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah berangkat bersama umat Islam dan rakyat baginda menunaikan solat sunat  Hari Raya Aidilfitri, di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di sini semalam.

 Solat diimamkan oleh Awang Salim Besar dan khutbah disampaikan oleh Mufti Kerajaan, Awang Abdul Aziz Juned; dan

Melalui khutbah ya, mufti antara lain menjelaskan, abad 21 adalah abad paling menggugat yang di dalamnya berlaku serangan luar biasa, iaitu serangan tentera Allah yang bernama Coronavirus-19.

 “Menamakan ‘musibah wabak’ sebagai tentera Allah, bukanlah ia satu istilah yang sengaja direka-reka, tetapi adalah satu hakikat yang benar, yang telah pun diungkap sendiri oleh Allah.

“Dalam hubungan ini, kita boleh merujuk Surah Al-A’raf, ayat 133, di mana Al-Quran telah merakam satu peristiwa : Bahawa Allah pernah menghantar pasukan tentera-Nya, yang terdiri daripada taufan dan makhluk-makhluk belalang, kutu, katak dan darah kepada Firaun dan kaumnya, sehingga telah memporak-perandakan kaum tersebut.

“Kalau kiranya wabak ini berakhir, sudah berakhir, maka itu juga bukanlah hasil dari perlawanan atau peperangan kita terhadapnya, bukan! Tetapi ia adalah semata-mata ihsan daripada Allah jua, dari kuasa dan kehendak-Nya menarik balik wabak tersebut,” jelas  Mufti

Beliau seperti dilaporkan Pelita Brunei seterusnya  menerangkan memang tidak salah untuk kita berubat dengan menggunakan vaksin.

 “Berubatlah sebagai ikhtiar, orang bervaksin kita juga bervaksin, tidak mengapa. Tetapi kita orang-orang Islam berubat, adalah berubat dengan cara orang berakidah. Sebab itulah kita tekankan, ubat hendaklah suci dan pastikan ia (ubat itu) tidak memudaratkan,” katanya.

 Di samping itu, katanya, secara tersendiri, orang Islam juga adalah didorong, dimotivasi untuk berubat dengan ubat ketuhanan, dengan vaksin ketuhanan, perubatan langit.

 “Alhamdulillah, kita orang-orang Brunei telah memakai kaedah ini. Kalau orang lain kurang peka, kurang sensitif untuk berqunut nazilah, tetapi Brunei Darussalam berqunut. Tidak dapat berqunut di masjid pada hari Jumaat, raja kita meminta kita untuk berqunut di dalam sembahyang-sembahyang fardu lima waktu.

“Bahkan raja kita juga telah menyarankan supaya Surah Yaa Siin dibaca sehingga dengan saranan itu, bacaan surah ini, sampai ke hari ini telah menjadi bahan siaran tetap radio dan televisyen kita,” katanya.

 

 

Related posts

Leave a Comment