25 kes baharu di Singapura.

SINGAPURA 12 Mei – Sebanyak 25 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Rabu (11 Mei), demikian menurut Kementerian Kesihatan (MoH)

Dalam kalangan kes-kes baharu pada hari ini, 13 tidak mempunyai simptom dan dikesan menerusi penyaringan dan pemantauan proaktif manakala lagi 12 mempunyai simptom.

Sebanyak 12 kes import dilaporkan yang sudah pun diberikan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di sini. Lagi 13 kes adalah jangkitan tempatan dalam masyarakat, yang mana lapan sudah pun dikenakan kuarantin lebih awal.

Satu kes baharu dilaporkan dari kelompok kapal tangki MT ALLI. Kes itu adalah seorang lelaki warga Indonesia berusia 54 tahun yang bertugas sebagai anak kapal di kapal berkenaan. Beliau tidak turun kapal kecuali untuk dibawa ke kemudahan kuarantin khusus.

Tujuh lagi kes dilaporkan bagi kluster jangkitan di Lapangan Terbang Changi.

Empat kes adalah pekerja pembersihan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, Hospital Besar Changi dan Robinson 77 manakala satu kes bertugas di kedai kopi M171 Gourmet Street.

Secara keseluruhan, jumlah kes baharu baru dalam masyarakat merosot daripada 63 kes pada minggu sebelumnya kepada 40 kes pada minggu lalu.

Jumlah kes tanpa hubung kait dalam masyarakat pula meningkat dari sembilan kes pada minggu sebelumnya kepada 12 kes pada minggu lalu.

Dalam kalangan 151 kes disahkan yang dilaporkan antara 5 Mei hingga 11 Mei, 69 kes diuji positif dalam ujian serologi mereka, lagi 60 diuji negatif manakala 22 belum lagi mendapat keputusan ujian.

Secara keseluruhan, 60,975 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan pulang manakala.144 kes masih dirawat di hospital dan tiga berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Related posts

Leave a Comment