B1617 cetus kebimbangan global

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan  varian B1617 yang pertama kali dikenal pasti di India pada tahun lalu sebagai varian yang mencetuskan kebimbangan di peringkat global.

Ketua teknikal Covid-19 WHO Dr. Maria Van Kerkhove berkata, terdapat maklumat sedia ada yang menyarankan bahawa terdapat peningkatan pada rentak penularannya.

Menurut WHO varian B1617 yang lebih dominan pertama kali dikenal pasti di India pada Disember tahun lalu, walaupun versi sebelumnya dikesan pada Oktober 2020.

Varian itu sudahpun menular ke negara-negara lain dan banyak negara sudah mengambil langkah-langkah untuk mencegah atau menyekat kemasukan dari India.

Van Kerkhove dalam taklimat media pada Isnin berkata lebih banyak maklumat tentang varian itu dan tiga jujukannya akan disediakan pada 11 Mei ini.

Sementara itu Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata Yayasan WHO akan melancarkan kempen pengumpulan dana “Together for India” untuk mendapatkan dana bagi membeli bekalan oksigen, ubat-ubatan dan peralatan perlindungan diri bagi para petugas jagaan kesihatan.

Related posts

Leave a Comment