Hanya 50 dibenar solat Aidilfitri

SHAH ALAM 11 Mei – Hanya 50 orang jemaah dibenarkan melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau di Selangor pada Khamis ini, demikian ketetapan Jawatankuasa Tetap Agama Islam Selangor. Dalam kenyataan hari ini, bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong; Masjid Pengurusan dan Masjid Institusi, dibenarkan dengan kehadiran 50 orang jemaah. Bagi masjid kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah yang mempunyai kapasiti lebih 1,000 jemaah, juga 50 orang dibenarkan, manakala masjid kariah, surau kebenaran Jumaat dan surau kariah berkapasiti kurang 1,000 orang pula,…

Read More

Hari Raya Aidilfitri 13 Mei

KUALA LUMPUR 11 Mei – Umat Islam di Malaysia, Singapura dan Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri secara serentak pada Khamis, 13 Mei ini. Pengumuman dibuat oleh pihak berkuasa di negara masing-masing malam ini. Di Malaysia, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan bahawa umat Islam di negara ini akan menyambut 1 Syawal pada 13 Mei. Beliau membuat pengumuman itu yang disiarkan melalui siaran televisyen tempatan . Di Singapura, Mufti Negara Dr Nazirudin Mohd Nasir membuat pengumuman itu pukul  7.30 malam tadi. “Mengikut kiraan hisab, anak bulan Syawal…

Read More

3,973 kes 22 kematian

PUTRAJAYA 11 Mei – Sebanyak 3,973 kes baharu Covid-19 direkodkan di Malaysia hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 448,457 kes. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 2,848 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 408,236 kes. Manakala, keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 38,499. Dalam tempoh 24 jam lalu juga, negara mencatatkan tambahan 22 kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian 1,722. “Seramai 453 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 244 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan,” kata Dr Noor Hisham dalam…

Read More

Vaksinasi Singapura capai 1.8 juta

SINGAPURA 11 Mei – Kira-kira 1.8 juta orang sudahpun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dengan 1.2 juta daripada mereka telah menerima dos kedua sehingga 9 Mei. Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dalam satu kenyataan berkata, Singapura terus membuat “kemajuan mantap” dalam program vaksinasinya dan kadar pengambilannya “menggalakkan”. Beliau menarik perhatian sekitar dua pertiga daripada individu berusia 45 tahun ke atas yang layak sudahpun menerima vaksinasi Covid-19 atau menempah janji temu vaksinasi mereka. Bagaimanapun, lebih ramai orang perlu digalakkan untuk mendapatkan vaksinasi – terutamanya dalam kalangan warga tua – kerana…

Read More

Sultan Perak zahir kebimbangan

IPOH 11 Mei – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bimbang dengan bilangan jangkitan pesakit Covid-19 yang menular dengan angka yang begitu tinggi. Justeru, baginda mengingatkan rakyat agar memahami tahap keseriusan penularan wabak dan mengambil tanggungjawab membantu memutuskan rangkaian jangkitan. Pada masa yang sama tunjukkan simpati kepada para petugas barisan hadapan, terutama para petugas perubatan dan kesihatan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd. Annuar Zaini, Sultan Nazrin turut berkenan membatalkan hasrat untuk berangkat solat sunat Aidilfitri…

Read More

Keputusan sukar tetapi perlu – WHO

KUALA LUMPUR 11 Mei – Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Ying-Ru Jacqueline Lo berkata langkah meletakkan Malaysia di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara sekali lagi bermula esok hingga 7 Jun, adalah tepat. Katanya, langkah untuk mengekang penularan pandemik Covid-19  yang semakin meningkat itu penting kerana kapasiti penggunaan hospital telah mencapai tahap kritikal dengan peningkatan kes harian. Beliau berkata rakyat Malaysia tiada pilihan selain mengehadkan kontak dalam kalangan orang ramai dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penyebaran Covid-19 pada masa…

Read More

Thailand catat 31 kematian

BANGKOK 11 Mei – Thailand merekodkan 31 kematian akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 452 orang meninggal dunia manakala 1,919 kes baharu direkodkan yang membawa kepada 86,924 kes. Kematian melibatkan 15 lelaki dan 16 wanita yang berusia antara 34-94 tahun termasuk dua warga asing dari Ukraine dan Perancis. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 17 kematian dilaporkan di di Bangkok, masing-masing dua di Nonthaburi, Suyphanburi, Chon Buri dan Nakhon Si Thammarat dan satu masing-masing di Nakhon Pathom, Pathumthani, Samut Prakan, Lampang, pChiang Mai dan Phichit. Sejak gelombang ketiga pandemik awal bulan…

Read More