Situasi di Besut membimbangkan

KUALA TERENGGANU 11 Mei – Situasi Covid-19 di daerah Besut membimbangkan, dengan peningkatan 835 peratus kes positif dalam tempoh kurang dua bulan sejak April lepas, kata Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus.

Katanya  pada Mac, hanya 60 kes positif Covid-19 sahaja direkodkan, namun jumlah itu naik mendadak kepada 561 kes pada April dan Mei.

Menurut beliau dalam tempoh bermula 1 April hingga 8 Mei, sebanyak 9,936 ujian saringan dilakukan dan daripada jumlah itu, 662 kes positif dikesan. Situasi CO-19 di Besut sangat merisaukan kita dengan puluhan kes positif dilaporkan setiap hari.

“Data ini jelas menunjukkan penularan jangkitan dalam komuniti sangat tinggi, dan kita risau apabila sudah menular jauh, maka sukar untuk kita hambat virus Covid-19,” katanya dalam catatan di akaun Facebooknya semalam.

Ketika ini, 570 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa manakala sembilan kes menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah dan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment