Singapura had jemaah solat Aidilfitri

MAJLIS Ugama Islam Singapura (MUIS) memperuntukkan 17,192 ruang untuk solat Hari Raya Aidilfitri pada Rabu ini yang melibatkan masjid-masjid di negara itu.

Menurut kenyataan melalui Facebook, tempahan atau pendaftaran untuk solat itu akan dibuka mulai Selasa ini, pukul 10 pagi yang melibatkan lebih 60 masjid.

Kebanyakan masjid akan menawarkan sehingga tiga sesi solat yang setiap sesi dihadkan untuk 100 jemaah.

Bagaimanapun ruang untuk muslimat terhad kerana sebahagian besar masjid tidak menyediakan ‘peruntukan’ untuk jemaah wanita.

Sesi pertama akan bermula pukul 7.30 pagi diikuti sesi kedua pukul 8.40 pagi dan ketiga 9.50 pagi, di mana setiap sesi selama 40 minit.

Bagi yang tidak berpeluang hadir boleh mengikuti siaran langsung solat sunat Aidilfitri itu melalui SalamSG TV. Mereka juga boleh mendapatkan panduan lengkap solat Aidilfiti jika mahu melaksanakannya di rumah.

Mulai semalam 8 Mei, Singapura mengenakan beberapa langkah bagi membendung penularan pandemik Covid-19 berikutan peningkatan kes baharu dalam masyarakat.

Related posts

Leave a Comment