Jepun cadang lanjut darurat Tokyo

TOKYO: Kerajaan Jepun bercadang melanjutkan darurat di Tokyo dan tiga kawasan lain sehingga hujung Mei sebagai usaha untuk membendung lonjakan kes Covid-19 iaitu kurang tiga bulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo.

Jepun berharap darurat yang “singkat dan berkesan” akan mampu membendung gelombang keempat jangkitan walaupun kes-kes baharu Covid-19 di Tokyo dan Osaka masih berada di paras tinggi.

Sukan Olimpik Tokyo dijadalkan bermula pada 23 Julai setelah ia ditangguhkan setahun akibat pandemik.

Osaka terutamanya dalam keadaan agak berbahaya sementara wilayah

Aichi dan Fukuoka juga akan ditambah sebagai daerah-daerah baharu di bawah keadaan darurat, sementara pulau utara Hokkaido dan dua daerah lain akan ditambahkan ke wilayah dengan “keadaan darurat separa”.

Di bawah keadaan darurat yang dilanjutkan, bar, restoran, pusat karaoke dan tempat-tempat lain yang menyediakan arak akan ditutup. Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelak daripada melakukan perjalanan tidak penting di luar rumah mereka.

Related posts

Leave a Comment