Britain bimbang kehadiran B.1.1.529

LONDON: Britain menyatakan kebimbangan kehadiran  varian koronavirus yang baharu di Afrika Selatan yang menyebabkan vaksin kurang berkesan dan menjejaskan usaha sejagat melawan pandemik itu.

Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK,  varian B.1.1.529 itu mengandungi protein pepaku yang jauh berbeza berbanding koronavirus yang asal yang digunakan untuk menghasilkan vaksin-vaksin Covid-19.

Menurut laporan media, varian yang mutasinya lebih seganda berbanding varian Delta yang dominan sekarang , sebagai “paling teruk setakat ini”,

Walaupun dikesan pada awal minggu ini, Britain menguatkuasakan sekatan perjalanan ke atas Afrika Selatan dan lima negara jiran, satu tindakan lebih cepat berbanding varian-varian sebelum ini.

Larangan sementara itu melibatkan ketibaan pesawat dari Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Lesotho dan Eswatini mulai Jumaat dan para pelawat Britain dari negara-negara tersebut, yang pulang ke tanah air, perlu menjalani kuarantin.

Menurut Setiausaha Kesihatan Sajid Javid,  terdapat jumlah mutasi yang amat banyak, mungkin lebih seganda berbanding apa yang dapat dilihat dalam varian Delta.

“Dan ini bermakna ia mungkin lebih mudah dijangkiti dan vaksin-vaksin sekarang ini mungkin kurang berkesan.” katanya.

Javid berkata lebih banyak data diperlukan tetapi sekatan perjalanan penting sebagai langkah berjaga-jaga sedang para saintis berkata kajian makmal diperlukan untuk menilai kemungkinan mutasi mengurangkan dengan banyak keberkesanan vaksin.

Related posts

Leave a Comment