Kadar Rt catat penurunan

PUTRAJAYA 22 April – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Malaysia, mencatatkan penurunan untuk dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, angka itu turun kepada 1.15 pada semalam berbanding 1.16 hari sebelumnya (Selasa).

Negeri dan wilayah yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1.0 adalah Kelantan, Kuala Lumpur, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Ini termasuk Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Putrajaya.

Sementara itu, Pulau Pinang, Perak dan Labuan pula antara negeri dan wilayah yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1.0.

Manakala Terengganu dan Perlis masing-masing mencatatkan satu kes baharu.

Related posts

Leave a Comment