Kes harian di Saudi hampir 1,000

RIYADH 15 April  – Kementerian Kesihatan (MoH) Arab Saudi mengumumkan jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini menghampiri 1,000 kes apabila merekodkan 985 kes dalam tempoh 24 jam.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 402,142 kes.

MoH juga mengumumkan 10 lagi pesakit meninggal dunia hari ini dan angka ini membawa kepada 6,791 kematian manakala kes aktif 9,249 di mana 999 dalam keadaan kritikal.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 661 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 386,102 orang.

Sementara itu daerah Riyadh terus mencatatkan kes jangkitan tertinggi dengan merekodkan 463 kes diikuti Makkah 164 dan daerah Timur 140.

Related posts

Leave a Comment