Indonesia 1.5 juta kes, 1.4 juta sembuh

JAKARTA 15 April – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus mencatatkan peningkatan apabila 6,177 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 1,589,359 kes.

Pada masa yang sama, 6,362 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang menambah angka kesembuhan keseluruhan sebanyak 1,438,254 dengan kes aktif pula sebanyak 108,032 kes.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga menunjukkan peningkatan apabila 167 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 43,073 orang.

Terdapat lima wilayah yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu Jakarta 1,330 kes dan kumulatifnya masih yang tertinggi 396,109, Jawa Barat 1,216, Jawa Tengah  841, Jawa Timur 294 kes dan Riau 269 kes dan kumulatifnya 37.998 kasus. 

Lima wilayah yang merekodkan kes sembuh tertinggi adalah Jawa Tengah 2,119 dan  kumulatifnya 146,217, Jawa Barat 1,351, Jakarta 526, Kalimantan Timur 267 dan Yogyakarta 267 orang dan kumulatifnya 30.793 orang. 

Bagi kes kematian, Jawa Barat menambah  42 kes,  Jawa Tengah 36, Jawa Timur 26 , Riau 10 kes,  Jakarta enam kes.

Sementara itu, program vaksinasi menunjukkan jumlah penerima meningkat melebihi 10 juta orang atau lebih tepat 10,596,373 orang termasuk 118,867 orang yang mendapat suntikan hari ini.

Penerima vaksinasi kedua pula  meningkat menjadi 5.713.404 orang.

Related posts

Leave a Comment