Singapura catat 16 kes baharu

SINGAPURA 15 April – Sebanyak 16 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura sehingga pukul 12  tengah hari ini dengan kesemuanya kes import menjadikan jumlah keseluruhan 60,735 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MoH), tiga daripada kes itu melibatkan Penduduk Tetap (PR) yang pulang dari India dan Filipina, seorang pemegang pas tanggungan yang tiba dari india, dan  pemegang pas kerja yang tiba dari Malaysia.

Sebanyak 10 kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia, Malaysia dan Filipina, termasuk lima pembantu rumah.

Seorang lagi adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India untuk menziarahi ahli keluarganya, seorang PR.

Sementara itu 25 lagi pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih daripada jangkitan virus tersebut sebanyak 60,417.

Setakat ini 57 lagi pesakit masih berada di hospital, dengan dua dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.

Jumlah kes tanpa hubung kait dalam masyarakat susut dari dua kes pada minggu sebelumnya kepada satu kes pada minggu lalu.

Related posts

Leave a Comment