Percaturan politik jahat, jijik

KUALA LUMPUR 7 April – “Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO,” kata Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau percaya lebih banyak permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan menafikan terdapat perbualan antara beliau dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim seperti yang tular di media sosial dan dilaporkan media.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin tegaskan tiada sebarang perbualan saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020).

Beliau amat kecewa dan terkejut dengan penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualannya dengan Anwar yang didakwa sebagai usaha terbaharu yang mahu memusnahkan parti UMNO.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis agar siasatan dilakukan bagi mengenal pasti dalang individu atau pihak yang bertanggungjawab terhadap audio berkenaan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, sebagai Presiden UMNO beliau tidak akan mencabuli atau membelakangi ketetapan diputuskan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan PAU2020.

Related posts

Leave a Comment