Sarawak atasi Selangor

PUTRAJAYA 6 April – Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 385 kes (29.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 352 kes (91.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 242 kes (18.6 peratus) dan Kelantan sebanyak 126 kes (9.7 peratus).

  • Sarawak: 385 kes
    • 168 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Maju;
    • 184 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 242 kes 
    • 28 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Integrasi Rawang Tiga dan Kluster Jalan Badli Shah;
    • 104 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 105 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 126 kes 
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 21 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kota Kubang Labu dan Kluster Kampung Palekbang;
    • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 112 kes 
    • 49 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Belacon;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 110 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 67 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Related posts

Leave a Comment