Sarawak mendahului kes harian

PUTRAJAYA 4 April – Sarawak mendahului jumlah kes harian tertinggi Covid-19 dengan merekodkan 419 kes di mana 236 kes adalah daripada 11 kluster termasuk tiga kluster baharu.

Selangor pula melaporkan sebanyak 343 kes merangkumi 342 kes tempatan manakala, Pulau Pinang melaporkan sebanyak 185 kes tempatan.

  • Sarawak: 419 kes
    • 236 kes daripada kluster-kluster; termasuk 170 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tembok Sri Aman, Kluster Sungai Mupong, dan Kluster Sungai Rassau;
    • 146 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 343 kesĀ 
    • 92 kes daripada kluster-kluster; termasuk tiga (3) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Suasana dan Kluster Jalan Alamanda;
    • 203 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COvid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 185 kes
    • 85 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 95 kes
    • 50 kes daripada kluster-kluster; termasuk 17 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Maju Cemerlang dan Kluster Murni Satu;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 26 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment