11,028 kes baharu di Filipina

MANILA 4 April – Filipina hari ini merekodkan 11,028 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 795,051 dengan kes aktif pula 135,526 atau 17.0 peratus.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang ini, jumlah pesakit yang sembuh adalah 41,205 orang dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 646,100 atau 81.3 peratus.

Dua lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 13,425 kematian

Related posts

Leave a Comment