Kuasa cukup tanpa isytihar darurat

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mempunyai kuasa yang cukup untuk mengekang penularan COVID-19 tanpa harus mengisytiharkan darurat.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia berikutan rakyat di negara ini patuh kepada arahan kerajaan yang membabitkan sekatan pergerakan.

Tidak ada kekurangan kuasa, (kerajaan) kuasa cukup kerana di Malaysia, rakyat kita patuh kepada kerajaan. Tidak seperti di Eropah, Amerika Syarikat yang mana rakyat bantah kalau ada sekatan apa-apa. Kalau ada ‘lockdown’ mereka bantah.

“Di Malaysia suruh ‘lockdown’, kita ‘lockdown’, suruh jangan gerak, kita tak gerak. Suruh duduk di rumah, kita duduk di rumah. Ada la dua tiga orang yang bantah tetapi tindakan boleh diambil terhadap mereka,” katanya memetik siaran langsung yang disiar portal Malaysia Gazette, hari ini.

Related posts

Leave a Comment