Tiada arahan letak jawatan

KUALA LUMPUR 1 April – Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri Yaakob menegaskan tiada arahan khusus untuk menteri dari UMNO meletakkan jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, apa yang disebut dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini hanyalah menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum itu.

“Sebenarnya tiada keputusan dalam PAU yang mengarahkan menteri-menteri, menteri besar, timbalan menteri untuk tarik diri, tidak ada.

“Ini kerana dalam PAU, usul diluluskan adalah usul yang menyokong keputusan MKT iaitu kita kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan. Itulah usul yang diterima dalam PAU,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang Kementerian Pertahanan Tahun 2021 di sini.

Jelasnya, mandat itu akan digunakan bagi memastikan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, membubarkan Parlimen mengikut tarikh yang sesuai.

Related posts

Leave a Comment