Kes positif, sembuh seimbang

JAKARTA 20 Mac –  Kes jangkitan baharu Covid-19 dan sembuh hampir seimbang apabila 5,656 kes positif direkodkan manakala kes harian sembuh pula merekodkan 5,760 dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kes positif kini 1,455,788 orang manakala jumlah keseluruhan pesakit sembuh pula meningkat kepada 1.284.725.

Lima provinsi menambah kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,711 dan  kumulatifnya 208.035 orang, Jakarta 1,190 (355,150), Kalimantan Timur 345 (55.087), Jawa Tengah 308 (118.754), serta Jawa Timur 296  (124.639).

Bagi kes positif, Jakarta menambah 1,937 dan kumulatifnya mencapai 368.944 kes diikuti Jawa Barat 822 (239.434 kes) , Jawa Timur 289 (136.397), Yogyakarta 242 ( 31.357) , serta Banten menambahkan 233 ( 34.389 ).

Sementara itu jumlah pesakit yang meninggal dunia mencapai 108 kes dan kumulatifnya mencapai 39.447 kes atau persentasenya di angka 2,7% dari pesakit terkonfirmasi positif.

Terdapat lima provinsi dengan angka kematian tertinggi harian antaranya Jawa Timur menambahkan 26 kes dan kumulatifnya 9.644 kasus, DKI Jakarta 22 kasus dan kumulatifnya 6.184 kes.

Sementara itu jumlah pererima vaksin  meningkat menjadi 5.124.948 orang.

Related posts

Leave a Comment