Thailand catat 92 kes, 1 kematian

BANGKOK 18 Mac – Thailand merekodkan satu lagi kematian dengan jumlah kes jangkitan pula sebanyak 92 yang melibatkan 78 kes tempatan dan 14 import.

Dengan perkembangan ini menjadikan jumlah kematian kepada 89 orang manakala jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 27,494.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan seorang lelaki berusia 65 tahun yang juga menghidap kanser tahap empat.

Pada 8 Mac, dia dibawa ke hospital swasta untuk rawatan susulan dan pada 15 Mac dimasukkan ke hospital swasta tetapi keadaan kesihatannya bertambah buruk dan meninggal dunia sehari kemudian.

Daripada 78 kes jangkitan, sebanyak 64 disahkan di hospital dan 14 melalui pengesanan kes dalam masyarakat.

Samut Sakhon merekodkan 40 kes di mana 32 disahkan di hospital dan lapan melalui pengesanan aktif.

Bangkok merekodkan 21 kes (27%), 20 dikesan di hospital dan satu dalam masyarakat sementara lain-lain wilayah menyumbang 17 kes.

Wilayah berkenaan adalah Nakhon Pathom (5), Phetchaburi (3), Suphan Buri (2) dan Pathum Thani (2), masing masing satu kes di Ayutthaya, Nonthaburi, Ratchaburi, Samut Prakan dan Mukdahan.

Sebanyak 14 kes import melibatkan ketibaan dari United Kingdom (1), Filipina (3), Sweden (1), Finland (3), Amerika Syarikat (1), Emiriyah Arab Bersatu (1), Turki (1), Pakisatan (1), Yemen (1) dan Belgium (1).

Daripada 27,494 kes yang dilaporkan, sebanyak 26,377 (95.9%) pesakit pulih termasuk 38 yang dibenarkan keluar hospital hari ini.

Sebanyak 1,028 lagi pesakit masih di hospital

Related posts

Leave a Comment