Bung hadapi 4 pencabar

LAMAG salah satu kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah  menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Warisan Sabah, Parti Perpaduan Rakyat Sabah dan Bebas.

Pengerusi UMNO Sabah, Bung Moktar Radin bertanding di kawasan yang mempunyai 8,159 pengundi ini.

Pegawai Pengurus Pilihan raya, Suhaimi Ejip mengumumkan senarai calon yang bertanding pada oukul 10.55 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Majlis Daerah Kinabatangan, ditutup pada pukul 10 pagi.

Katanya, tiada calon yang ditolak pencalonan.

Bung Moktar akan berhadapan dengab Razman Mayah (PCS); Mohd Ismail Ayob (WARISAN); Mohd Al Ruzainie Abd Rahman (PPRS) dan calon bebas, Junny @ Karuak Abdullah.

Related posts

Leave a Comment