Larangan burqa di Sri Lanka

COLOMBO: Sri Lanka akan melarang pemakaian burqa oleh wanita Islam dan menutup lebih 1,000 sekolah aliran agama atas alasan ‘keselamatan negara’, kata Menteri Keselamatan Awam Sarath Weerasekera.

Katanya, beliau sudah menandatangani satu dokumen pada Jumaat untuk kelulusan Kabinet berhubung larangan itu.

“Pada zaman awal kita wanita dan gadis Muslim tidak pernah memakai burqa. Ini adalah tanda ekstremisme agama yang muncul baru-baru ini. Kami pasti akan melarangnya.” katanya.

Pemakaian burqa di negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha itu dilarang untuk sementara waktu pada 2019 setelah pengeboman gereja dan hotel oleh militan Islam yang meragut lebih 250 mangsa.

Weerasekera berkata bahawa pemerintah merancang untuk menutup lebih dari 1,000 sekolah aliran agama  yang menurutnya melanggar dasar pendidikan nasional.

Tindakan pemerintah itu tidak berbeza dengan perintah dikeluarkan tahun lalu, antaranya kerajaan mewajibkan pembakaran mayat mangsa Covid-19 sekaligus bertentangan dengan Islam yang menguburkan jenazah.

Perintah itu dibatalkan awal tahun ini selepas dikritik Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa.

Related posts

Leave a Comment