330 dikompaun RM10,000

IPOH 12 Mac –  Seramai 330 individu dikompaun sebanyak RM10,000 sepanjang tempoh 24 jam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, orang awam sewajarnya menjadikan kenaikan kompaun itu sebagai satu peringatan agar tidak mengambil mudah dalam pematuhan SOP.

“Tular gambar notis kompaun itu disebabkan individu tersebut gagal mendaftar MySejahtera. Kita kena ingat peraturan itu dilaksanakan demi keselamatan pengunjung lain ke premis perniagaan.

“Kompaun RM10,000 itu sebagai peringatan kepada mereka yang selalu mengulangi kesalahan hingga mengundang risiko jangkitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemakaian Sayap Juruterbang dan Penutupan Rasmi Kursus ‘Private Pilot’s Licence (PPL)’ no 18 Siri 01/2019 di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM di sini hari ini.

Hari ini tular gambar notis kompaun RM10,000 yang dikuatkuasakan semalam dan dikenakan ke atas individu yang gagal mendaftar MySejahtera. Kompaun dikeluarkan IPD Cheras

Related posts

Leave a Comment