Filipina catat 3,439 kes harian

MANILA 6 Mac – Sebanyak 3,439 kes baharu Covid-19 direkodkan di Filipina hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 591,138 kes.

Jabatan Kesihatan merekodkan, setakat pukul 4 petang, sebanyak 42 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah kumulatif 12,465 kematian.

Jumlah pesakit yang sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 160 lagi dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 535,350 atau 90.6 peratus.

Jumlah kes aktif pula 43,323 atau 7.3 peratus.

Related posts

Leave a Comment