Dr Adham terima suntikan vaksin

PUTRAJAYA 25 Feb. – Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba menerima suntikan vaksin Covid-19 pada pukul 12.45 tengah hari ini di Pusat Pemberian Vaksin, PPV di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya, Presint 11.

Turut sama Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Mohd Shafiq bin Abdullah.

Program hari kedua itu turut melibatkan tiga orang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan iaitu Tawfik Adnan, pemandu, Farid Md Ithnin sebagai  Pembantu Kesihatan Awam di PKD Putrajaya dan Yusniza M Yusof,  jururawat di Klinik Kesihatan, Presint 11 Putrajaya.

Related posts

Leave a Comment