18 kematian baharu Covid-19

PUTRAJAYA 6 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 18 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,609 orang, daripada 2.76 juta kes positif yang dikesan di negara ini.

Menurut data di portal COVIDNOW, tiga daripada 18 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 39,739 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada

jumlah itu, 32,509 individu atau 81.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 3,574 orang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC),

3,399 kes dirawat di hospital dan 257 ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) di mana  120 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 137 memerlukan mesin ventilator.

Related posts

Leave a Comment