PKPP: Perlis buka masjid sepenuhnya

KANGAR 18 Feb. – Perlis yang sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya bagi aktiviti pengimarahan bermula esok.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah aktiviti pengimarahan termasuk kuliah agama, kelas pengajian dan sebagainya adalah diperkenankan bermula waktu Subuh esok.

PKPP Perlis bermula 19 Februari lalu sehingga 4 Mac 2021. 

Dalam satu kenyataan, baginda bertitah, semua aktiviti dibenarkan dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter pada setiap masa, membawa sejadah, mengambil wuduk sebelum ke masjid dan sebagainya.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan golongan wanita turut dibenarkan hadir.

Bagaimanapun sebarang aktiviti jamuan makan, bermalam dan majlis sosial tidak dibenarkan seperti mana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

(Foto Masjid Al Hussain Kuala Perlis)

Related posts

Leave a Comment