Kadar kebolehjangkitan turun

PUTRAJAYA 15 Sept. – Nilai kadar kebolehjangkitan (R-naught) di Malaysia turun 0.02 kepada 0.96 semalam berbanding 0.98 pada hari sebelumnya.

Sebanyak lapan negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Sarawak yang kekal merekodkan kadar tertinggi dengan 1.11.

Ini diikuti Terengganu 1.04, Johor 1.01, Pahang 1.01, Kelantan 1.00, Pulau Pinang 1.00, Perak 0.99 dan Perlis 0.97.

Sementara itu, tujuh negeri/wilayah mencatat R-naught di bawah purata kebangsaan iaitu Sabah 0.92, Melaka 0.92, Kedah 0.91, Putrajaya 0.88, Negeri Sembilan 0.86, Selangor 0.83 dan Kuala Lumpur 0.79.

Labuan yang sudah mencapai imuniti kelompok pula hanya mencatatkan tiga kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment