Negara kaya boleh bantu negara lain

LONDON: Negara kaya yang menganggap pandemik Covid-19 sudah berakhir digesa membantu negara- negara berpendapatan rendah untuk mencapai tahap yang sama.

Penasihat Kanan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Bruce Aylward, berkata negara lebih kaya tidak boleh berundur dalam menangani Covid-19 sebagai masalah global ketika ini kerana gelombang jangkitan berpotensi berlaku pada masa depan.

“Apabila saya mendengar mereka berkata ‘baik kami sangat selesa di sini’, ia seperti bagus. Kini, anda benar-benar boleh membantu kami menanganinya bagi seluruh dunia,” kata Aylward.

Sejak beberapa minggu lalu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata wabak itu akan berakhir manakala Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, pula dilaporkan berkata wabak berkenaan sudah berakhir.

Menurut Aylward, kumpulan yang diselaraskannya yang memberi tumpuan kepada akses saksama kepada vaksin, rawatan dan ujian Covid-19 di seluruh dunia masih belum bersedia untuk keluar daripada fasa kecemasan menangani wabak itu.

Katanya, negara terbabit perlu bersedia dan mempunyai rawatan yang tersedia untuk sebarang gelombang jangkitan yang seterusnya.

Aylward menyelaraskan ACT-Accelerator, kerjasama antara WHO dan badan kesihatan global lain bagi membantu negara miskin mengakses peralatan Covid-19.

Usaha berkenaan, termasuk COVAX yang memfokuskan kepada vaksin mencapai berbilion orang di seluruh dunia, tetapi berdepan kritikan kerana tidak bertindak dengan cukup pantas.

Related posts

Leave a Comment