UK jangka kematian meningkat

KERAJAAN United Kingdom (UK) memberi amaran akan berlaku peningkatan kes kematian Covid-19 dalam beberapa minggu akan datang ketika rakyat sedang menyambut hari kebebasan apabila hampir semua sekatan dimansuhkan.

Bagaimanapun, para saintis berkata jumlah kematian dan kemasukan ke hospital tidak seperti tahap yang dilihat pada gelombang sebelumnya.

Ketua Pegawai Sainstis Patrick Vallance berkata, keadaan itu disebabkan  jumlah orang yang menerima salah satu, atau kedua-dua dos, vaksin Covid-19 sudah pun mencapai 80 peratus di UK.

“Kita melihat peningkatan jumlah kematian, tetapi pada tingkat yang jauh lebih rendah. Tetapi ia sekali lagi akan terus meningkat ketika jangkitan meningkat dan dijangka mencapai lebih dari 100, mungkin lebih dari 100.

“Tetapi kita akan melihat peningkatan kematian dalam beberapa minggu akan datang apabila jangkitan meningkat, tetapi pada tahap yang jauh lebih rendah lagi kerana perlindungan vaksinasi,” katanya.

England mula mansuhkan sekatan dikenakan semasa Covid-19 bermula Isnin dengan kelab malam mula dibuka serta tiada lagi sekatan perhimpunan.

Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka tetap perlu dipatuhi di sebalik pemansuhan sekatan berkenaan.

Related posts

Leave a Comment