Singapura catat 25 kes baharu

SINGAPURA 27 Jan. – Sebanyak 25 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini, semuanya kes import, hari kelima berturut-turut tanpa kes tempatan dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 59,391.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes import termasuk empat penduduk tetap yang pulang dari India dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) serta dua pemegang pas kerja dari India dan UAE.

Satu kes merupakan pemegang pas tanggungan yang tiba dari India, 18 kes pemegang permit kerja yang tiba dari India, Indonesia, Malaysia dan Filipina di mana 16 daripada mereka adalah pembantu rumah asing.

Menurut MoH, jumlah keseluruhan kes baharu dalam kalangan masyarakat sudah berkurangan kepada lima kes dalam minggu ini berbanding 18 kes dalam minggu sebelumnya.

Jumlah kes tidak berkait dalam kalangan masyarakat juga berkurangan kepada satu dalam minggu ini berbanding enam dalam minggu sebelumnya.

Antara 194 kes yang disahkan Covid-19 dari 21 Januari hingga 27 Januari, sebanyak 110 kes diuji positif setelah menjalani ujian serologi manakala 32 diuji negatif. Keputusan bagi baki 52 ujian serologi masih belum diketahui.

Sebanyak 18 kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan-kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 59,104 manakala 38 kes masih di hospital, semuanya dalam keadaan stabil.

Semalam,  Singapura melaporkan 14 kes, semuanya import termasuk dua warga Singapura dan seorang penduduk tetap yang masing-masing pulang dari Rusia, Amerika Syarikat dan Britain.

Dua lagi adalah pemegang pas tanggungan yang tiba dari India dan Portugal,  dua pemegang pas kerja yang tiba dari India, enam pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Indonesia, yang mana seorang merupakan pembantu rumah asing.

Seorang lagi merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India untuk melawat anaknya yang merupakan seorang penduduk tetap.

 

 

 

Related posts

Leave a Comment