Kuasa cukup tanpa isytihar darurat

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mempunyai kuasa yang cukup untuk mengekang penularan COVID-19 tanpa harus mengisytiharkan darurat. Bekas Perdana Menteri itu berkata, ia berikutan rakyat di negara ini patuh kepada arahan kerajaan yang membabitkan sekatan pergerakan. Tidak ada kekurangan kuasa, (kerajaan) kuasa cukup kerana di Malaysia, rakyat kita patuh kepada kerajaan. Tidak seperti di Eropah, Amerika Syarikat yang mana rakyat bantah kalau ada sekatan apa-apa. Kalau ada ‘lockdown’ mereka bantah. “Di Malaysia suruh ‘lockdown’, kita ‘lockdown’, suruh jangan gerak, kita tak gerak. Suruh duduk di rumah, kita duduk…

Read More

PH tolak rasional PM guna darurat

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak rasional Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari Covid-19. Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden berkata, undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini. Menurut kenyataan itu lagi, tindakan Muhyiddin mengusulkan darurat pada ketika beliau sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen, termasuk Machang ( Ahmad Jazlan Yaakub) dan Padang Rengas (Mohamed Nazri Aziz), menunjukkan langkah itu tidak boleh diterima sama sekali. “Majlis…

Read More

Sekolah, IPG di negeri PKPB, PKPP buka 20 Januari

KUALA LUMPUR: Semua murid tingkatan satu, empat dan enam serta murid tahun satu hingga enam dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di negeri dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan ke sekolah bermula 20 Januari ini. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, bagaimanapun, murid-murid tingkatan dua dan tiga di negeri terbabit hanya dibenarkan ke sekolah pada 8 Mac depan. Untuk negeri-negeri PKPB, sekolah rendah dibuka dan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dijalankan secara bersemuka. Maksudnya dari pra sekolah sehingga tahun enam akan…

Read More

Kotak hitam Sriwijaya Air ditemukan

JAKARTA 12 Jan. – Kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas Sabtu lepas, berjaya ditemukan pasukan pencari dan penyelamat (SAR) hari ini. Panglima Tentera Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto dalam sidang media yang disiarkan secara langsung televisyen tempatan, berkata kotak hitam yang ditemukan itu adalah ” Flight Data Recorder” (FDR). FDR itu ditemukan pasukan penyelam Tentera Laut Indonesia, di sekitar perairan Pulau Laki dan Pulau Lancang di Kepulauan Seribu, pada jam 4.20 petang waktu Indonesia Barat. “Operasi pencarian akan tetap diteruskan bagi mengesan “Cockpit Voice Recorder” (CVR), mengesan serpihan pesawat, dan mengesan…

Read More

10,047 kes positif, 302 kematian di Indonesia

JAKARTA 12 Jan. – Indonesia menambah 10,047 lagi kes positif baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di republik itu meningkat kepada 846,745 kes. Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 302 kematian direkodkan, kes harian tertinggi melibatkan pesakit meninggal dunia akibat Covid-19. Jumlah kematian keseluruhan setakat ini adalah 24,645 Provinsi Jawa Timur menjadi provinsi paling tinggi kes kematian jangkitan itu selepas merekodkan 6,576 kematian keseluruhan, dengan 65 lagi kematian bagi tempoh 24 jam. Sementara itu, sebanyak 7,068 lagi pesakit pulih yang menjadikan jumlah keseluruhan 695,807 pesakit sembuh. Jakarta mencatatkan 1,657 kes sembuh…

Read More

Arab Saudi catat 147 kes baharu

RIYADH 12 Jan. – Arab Saudi merekodkan 147 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan kini meningkat kepada 364,096. Menurut Kementerian Kesihatan, lima kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 6,300 meninggal dunia. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 151 kes pulih dan ini menambah jumlah pesakit sembuh kepada 355,857 orang atau 97.73 peratus. Riyadh merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 48 kes diikuti wilayah Timur 33 dan Makkah 31. Kes aktif pula sebanyak 1,939 di mana 310 kes kritikal.

Read More

11 kluster baharu, 261 aktif

PUTRAJAYA 12 Jan. – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 11 lagi kluster baharu melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak, Kelantan, Terengganu, serta Putrajaya menjadikan 261 kluster aktif di negara ini. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak lapan kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Atabara, Kluster Senu Setia, Kluster Bonggaya, Kluster Jernai, Kluster Pengkalan Barat, Kluster Tapak Bina Puteh Lama, Kluster Tapak Bina Jalan Bukit, dan Kluster Sabaru. Sebelas kluster baharu pula adalah 1. Kluster Jalan Manan Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster…

Read More

Selangor, Johor, Sabah mendahului kes harian

PUTRAJAYA 12 Jan. – Lebih 50 peratus kes baharu yang dilaporkan hari ini adalah di tiga negeri yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 12.01 tengah malam ini iaitu Selangor yang mencatatkan 1,007 kes (30.4 peratus), Johor (442 kes – 13.4 peratus) dan Sabah (409 kes – 12.4 peratus). Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Selangor, sebanyak 825 kes dikesan daripada kluster dan saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

Read More

Malaysia catat kes harian tertinggi

PUTRAJAYA 12 Jan. – Semakin tinggi. Kes harian tertinggi dicatatkan hari ini apabila Malaysia mencatatkan 3,309 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 141,533 dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 30,390 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, enam daripadanya merupakan kes import manakala selebihnya, 3,303 kes melibatkan penularan tempatan.  Angka tertinggi kes harian Covid-19 sebelum ini adalah 3,027 kes yang dicatatkan pada 7 Jan 2021. Bagi kes penularan tempatan, sebanyak 2,461 kes melibatkan warga tempatan dan 842 kes bukan warganegara. Sebanyak 439 kes (13.3 peratus) yang dilaporkan pula berkaitan kluster…

Read More

Tiada majlis, aktiviti sosial semasa PKP

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Hampir semua aktiviti sosial dan yang menyukarkan penjarakan fizikal tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam negeri yang akan dikuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ini termasuk majlis keraian seperti perkahwinan dan pertunangan, resepsi, sambutan ulang tahun, kenduri serta doa selamat. Turut dilarang adalah mesyuarat bersemuka sama ada oleh kerajaan, swasta atau badan bukan kerajaan serta yang berkaitan industri MICE terdiri daripada mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran tidak dibenarkan. “PKP ini kita banyak tumpukan kepada aktiviti sosial. Dari segi ekonomi ada…

Read More