Trump kecam penyokong

PRESIDEN Amerika Syarikat Donald Trump mengecam penyokongnya yang bertindak ganas menyerang Capitol Hill ketika Kongres mengesahkan kemenangan Joe Biden.

Dalam mesej terbaharunya, Trump mengakui bahawa kongres telah mengesahkan keputusan akhir pilihan raya presiden tempoh hari dan pentadbiran baharu akan dilancarkan pada 20 Januari ini.

Kata Trump, tumpuannya sekarang beralih kepada memastikan peralihan kuasa yang teratur dan lancar.

“Saya ingin mulakan dengan mengecam serangan keji terhadap Capitol Amerika Syarikat.

Tambah Trump, Amerika Syarikat perlu selalu menjadi negara yang mengamal undang-undang dan memperjuangkan ketenteraman.

“Para penunjuk perasaan yang menyusup ke Capitol telah mencemarkan kerusi demokrasi Amerika. Kepada mereka yang melakukan keganasan dan kemusnahan, anda tidak mewakili negara ini,” tegas Trump.

Bagaimanapun Trump tidak mengulas mengenai peranannya menghasut seperti yang didakwa ramai pihak dalam serangan di Capitol Hill pada Rabu.

“Kepada rakyat Amerika, menjadi presiden anda adalah satu penghormatan sepanjang hayat buat saya dan kepada semua penyokong saya yang hebat, saya tahu anda kecewa, tetapi saya juga ingin anda tahu bahawa perjalanan luar biasa kita baru bermula,” kata Trump.

Dalam kejadian pada Rabu, ratusan penyokong Trump mencetuskan rusuhan dan menceroboh bangunan Capitol.

Tindakan itu julung kalinya pernah terjadi dan ditayangkan secara langsung di televisyen.

Related posts

Leave a Comment