104 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 5 Jan. – Arab Saudi merekodkan 104 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 363,259 dengan kes aktif 2,239. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak sembilan kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 6,265 kematian. Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 354,755 atau 97.57 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini 146 pesakit dilaporkan sembuh. Daripada 104 kes baharu yang direkodkan hari ini, Riyadh mencatatkan 47 kes diikuti Makkah 24 dan wilayah Timur 13 kes.

Read More

7,445 kes positif di Indonesia

JAKARTA 5 Jan. – Sebanyak 7,445 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Indonesia menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 779,548 dengan kes aktif 110,693 kes. Jumlah kematian pula kini mencapai 23,109 orang dengan pertambahan 198 lagi pesakit yang meninggal dunia. Kes sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila 6,643 lagi disahkan sembuh hari ini yang membawa kepada 645,746 pesakit pulih. Jawa Tengah merekodkan 1,549 kes sembuh, Jakarta 1,341, Jawa Barat 1,083, Jawa Timur 579 dan Sulawesi Selatan 355 kes. Bagi kes positif, Jakarta merekodkan kes tertinggi sebanyak 1.824 kes, Jawa Barat 1,100, Jawa Tengah 996,…

Read More

527 kes baharu di Thailand

THAILAND merekodkan 527 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes 8,966 sejak pandemik itu bermula pada awal tahun lalu. Jumlah itu berkurangan berbanding 745 kes yang direkodkan semalam (4 Januari) manakala kematian pula kekal 65 kes apabila tiada kes baharu dilaporkan . Menurut Pusat Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) kes baharu itu melibatkan 439 pekerja migran yang dikesan menerusi pengesanan secara aktif. Sementara itu, Pejabat Sheikhul Islam Thailand mengumumkan larangan menunaikan solat Jumaat di masjid di lima wilayah yang dikesan lonjakan kes Covid-19 iaitu Samut Sakhon, Chonburi, Rayong, Chanthaburi dan Trat.…

Read More

Singapura tambah 28 kes

SINGAPURA merekodkan 28 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari Selasa, 5 Januari menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan kini 58,749 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dua adalah kes tempatan manakala 26 lagi kes import yang diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba di Singapura. Daripada 26 kes import ini, empat melibatkan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) manakala 13 kes pembantu rumah asing.  Bagi kes tempatan, seorang adalah kontak rapat kes 58,821 – warga Indonesia berusia 47 tahun yang telah pun dikuarantin sebelum ini. Kru kapal itu tiba di…

Read More

RM16.6 juta simpan vaksin

KUALA LUMPUR : Kerajaan membelanjakan RM16.6 juta untuk penyimpanan vaksin Pfizer Pfizer pada suhu negatif 70 Celsius di 55 lokasi yang telah dikenal pasti. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setiap peti sejuk beku itu dianggarkan berharga antara RM70,000 dan RM80,000. Selain penyimpanan vaksin menggunakan ‘peti sejuk beku’, beliau berkata, kerajaan juga perlu membeli bekalan perubatan lain yang berkaitan untuk menyimpan vaksin berkenaan. “Pfizer akan disimpan di kawasan bandar kerana ia perlu disimpan dalam suhu yang sejuk melampau sementara AstroZeneca akan disimpan di kawasan luar bandar…

Read More

Kes di Sabah kini 38,555

KOTA KINABALU 5 Jan. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, melaporkan 383 kes positif baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 38,555 kes dengan lima kematian direkodkan iaitu dua  di daerah Lahad Datu dan masing-masing satu di Kota Kinabalu, Kinabatangan dan Sandakan. Pada hari ini, seramai 214 pesakit Covid-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 35,744 orang. Sejumlah 2,112 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 679 orang di hospital dan 1,433 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 55 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daerah…

Read More

11 kluster baharu, 242 aktif

PUTRAJAYA 5 Jan. – Sebelas kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster setakat ini sebanyak 548 di mana yang telah tamat adalah 306 kluster menjadikan kluster aktif yang dipantau adalah 242 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Jalan Perindustrian (200 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Desa (116 kes), dan Kluster Beringin (65 kes). Kluster baharu yang direkodkan hari ini adalah 1. KLUSTER JALAN PLAYAR Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19  bermula pada 11 Disember 2020 melalui saringan…

Read More

Selangor terus catat kes tinggi

SELANGOR terus mendahului catatan kes tertinggi dengan merekodkan 509 kes diikuti Johor 428 dan Sabah 383 kes. Di Selangor, 19 kes dari kluster sedia ada, 90 kluster baharu (Jalan Playar, Sri Suria, Tapak Bina Bukit Semenyih dan Bukit Angkat), 229 saringan kontak rapat dan 171 lain-lain saringan. Johor pula mencatatkan 256 kes dari kluster sedia ada, 41 kluster baharu (Parit Jamil), 76 saringan kontak rapat, 46 lain-lain saringan dan sembilan kes import. Sabah mencatatkan 20 kes dari kluster sedia ada, 12 kes kluster baharu (Tombovo), 248 saringan kontak rapat dan 103 lain-lain saringan

Read More

2,027 kes baharu, 8 kematian

PUTRAJAYA 5 Jan. – Malaysia merekodkan kes harian baharu sebanyak 2,027 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara ini meningkat kepada 122,845 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan 22,887 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes. Sebanyak 111 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (64 kes), Kluster Tembok Gajah (43 kes), Kluster Tembok Choh (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (2…

Read More

99,163 pekerja asing disaring

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Seramai 99,163 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan yang melibatkan 3,536 majikan di mana 2,079 disahkn positif manakala 97,084 lagi adalah . Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 758 buah klinik terlibat dengan program saringan ini. Mengenai  kawalan sempadan negara, Op Benteng berjaya menahan 29 peNdatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas empat kenderaan darat dan tiga bot/kapal dalam operasi di seluruh negara. Ismail Sabri juga memaklumkan seramai 98,286 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan daripada jumlah…

Read More