Singapura tambah 28 kes

SINGAPURA merekodkan 28 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari Selasa, 5 Januari menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan kini 58,749 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua adalah kes tempatan manakala 26 lagi kes import yang diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba di Singapura.

Daripada 26 kes import ini, empat melibatkan warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR) manakala 13 kes pembantu rumah asing. 

Bagi kes tempatan, seorang adalah kontak rapat kes 58,821 – warga Indonesia berusia 47 tahun yang telah pun dikuarantin sebelum ini.

Kru kapal itu tiba di sini dari Indonesia pada 17 Disember lalu dan disahkan positif Covid-19 pada 30 Disember.

Sebelum beliau dibawa ke hospital, beliau tidak meninggalkan kapalnya.

Related posts

Leave a Comment