104 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 5 Jan. – Arab Saudi merekodkan 104 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 363,259 dengan kes aktif 2,239.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak sembilan kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 6,265 kematian.

Jumlah pesakit sembuh pula meningkat kepada 354,755 atau 97.57 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini 146 pesakit dilaporkan sembuh.

Daripada 104 kes baharu yang direkodkan hari ini, Riyadh mencatatkan 47 kes diikuti Makkah 24 dan wilayah Timur 13 kes.

Related posts

Leave a Comment