RM16.6 juta simpan vaksin

KUALA LUMPUR : Kerajaan membelanjakan RM16.6 juta untuk penyimpanan vaksin Pfizer Pfizer pada suhu negatif 70 Celsius di 55 lokasi yang telah dikenal pasti.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setiap peti sejuk beku itu dianggarkan berharga antara RM70,000 dan RM80,000.

Selain penyimpanan vaksin menggunakan ‘peti sejuk beku’, beliau berkata, kerajaan juga perlu membeli bekalan perubatan lain yang berkaitan untuk menyimpan vaksin berkenaan.

“Pfizer akan disimpan di kawasan bandar kerana ia perlu disimpan dalam suhu yang sejuk melampau sementara AstroZeneca akan disimpan di kawasan luar bandar kerana ia boleh menggunakan penyejuk beku biasa.

Kita sudah meluluskan pembelian penyejuk beku suhu rendah, peti sejuk dan bekalan perubatan berkaitan bagi rangkaian sejuk dan sejuk melampau berharga RM16.6 juta,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan perolehan vaksin Covid-19 negara di Parlimen, pada Selasa, 5 Januari.

Khairy menjelaskan, perjanjian kerajaan dengan Pfizer tidak melibatkan kos penyimpanan sebaliknya hanya melibatkan kos penghantaran.

“Pfizer menyampaikannya sampai ke tahap vaksinasi tetapi penyimpanan menjadi tanggungjawab kita,” katanya.

Related posts

Leave a Comment