527 kes baharu di Thailand

THAILAND merekodkan 527 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes 8,966 sejak pandemik itu bermula pada awal tahun lalu.

Jumlah itu berkurangan berbanding 745 kes yang direkodkan semalam (4 Januari) manakala kematian pula kekal 65 kes apabila tiada kes baharu dilaporkan .

Menurut Pusat Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) kes baharu itu melibatkan 439 pekerja migran yang dikesan menerusi pengesanan secara aktif.

Sementara itu, Pejabat Sheikhul Islam Thailand mengumumkan larangan menunaikan solat Jumaat di masjid di lima wilayah yang dikesan lonjakan kes Covid-19 iaitu Samut Sakhon, Chonburi, Rayong, Chanthaburi dan Trat.

Dalam kenyataan pada Selasa, pejabat itu berkata umat Islam di wilayah lain dibenarkan menunaikan solat Jumaat dengan mematuhi peraturan ketat termasuk memakai pelitup muka, penjarakkan fizikal dan menggunakan sanitasi tangan sebelum memasuki masjid.

Dalam pada itu, Thailand telah menempah tambahan 35 juta dos vaksin Covid-19 menjadikan jumlah pembelian 61 juta dos daripada firma farmaseutikal multinasional Britain-Sweden, Oxford-AstraZeneca.

Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha berkata, sebelum ini kerajaan telah mendapatkan 26 juta dos vaksin yang dibangunkan oleh Oxford University dan AstraZeneca, November lalu.

“Kami menyasarkan untuk menyediakan vaksin untuk sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Kabinet di sini pada Selasa.

Related posts

Leave a Comment