PKPP sehingga 31 Mac 2021

PERINTAH Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sepatutnya tamat pada 31 Disember 2020 dilanjutkan lagi, bermula 1 Januari 2021 sehingga 31 Mac 2021.

Warta ‘Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 7) 2020’ itu dikeluarkan Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Berdasarkan dokumen yang disebarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam aplikasi Telegram rasmi, dokumen tersebut bertarikh 31 Disember dan tertera nama Dr Adham.

Ia mula dikongsikan pada pukul 12.37 tengah malam tadi dan MKN turut berkongsikan beberapa peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang PKPP dilaksanakan.

PKPP mula dilaksanakan pada 10 Jun lalu berakhir pada 31 Ogos setelah sebelum itu Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu bagi membendung penularan virus berkenaan.

Related posts

Leave a Comment