Kes positif Indonesia 735,124

JAKARTA 30 Dis . – Indonesia mencatatkan 8,002 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 735,124 kes dengan kes aktif 109.439. Dalam tempoh pukul 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 603,741 pesakit dilaporkan sembuh termasuk 6,958 orang yang disahkan pulih hari ini manakala 67,615 lagi pesakit dalam pemantauan. Sebanyak 241 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 21,944 orang. Provinsi Jakarta menjadi wilayah tertinggi merekodkan kes positif keseluruhan iaitu 181,713 dengan 2,053 kes baharu, manakala…

Read More

113 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 30 Dis. – Sebanyak 113 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 362,601. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, bagi tempoh 24 jam itu, sebanyak 10 lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kes kematian 6,214. Bagi tempoh 24 jam, kementerian melaporkan 170 kes pulih menjadikan jumlah pesakit sembuh sebanyak 353,682 atau 97.52 peratus daripada jumlah pesakit. Kes aktif pula adalah sebanyak 2,705 di mana 387 kritikal. Daripada kes jangkitan baharu itu Riyadh merekodkan 44 kes diikuti Makkah 18 dan wilayah Timur 13 kes. Sementara…

Read More

Brunei catat lima kes baharu

BRUNEI DARUSSALAM merekodkan lima kes import baharu positif Covid-19 hari ini, 30 Disember 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 157 sejak pandemik itu dilaporkan pada 9 Mac lalu. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar memaklumkan, kes import dari negara India itu melibatkan mereka yang tiba dengan Penerbangan Diraja Brunei BI874 (seorang) dan BI4112 (empat orang) melalui Kuala Lumpur pada 18 Disember lalu. Kes ke-153 melibatkan seorang lelaki berusia 29 tahun yang tiba dari Kuala Lumpur pada 18 Disember lalu. Bercakap pada sidang media petang ini, beliau berkata, kes 154 seorang…

Read More

8 kluster baharu, 223 aktif

PUTRAJAYA 30 Dis. – Lapan lagi kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan 506 kluster direkodkan oleh Kementerian Kesihatan setakat ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 283 termasuk lima hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia, Kluster Assumption, Kluster Blok 31, Kluster Tanjung Bunga, dan Kluster Jeri. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 223 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Choh (374 kes), Kluster Tampoi Jaya (138…

Read More

Johor pula mendahului

Johor melaporkan 607 kes baharu dan 86 sembuh. Pertambahan kes di Johor adalah disebabkan kes dalam kluster sedia ada dan kluster baharu (538 kes). Kluster Tembok Choh, iaitu kluster baharu mencatatkan 382 kes. Selain daripada itu, terdapat 40 kes saringan kontak rapat dan baki 29 kes adalah daripada lain-lain saringan. Perincian kes di empat negeri tertinggi.. Johor: 607 kes 538 kes daripada kluster-kluster, termasuk 374 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Choh; 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Selangor:…

Read More

1,870 kes 6 kematian

PUTRAJAYA 30 Dis. – Kes jangkitan Covid-19 terus merekodkan empat angka dengan 1,870 kes baharu dilaporkan hari ini di mana Johor buat pertama kalinya melaporkan kes harian tertinggi iaitu 607. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif mencecah 110, 485 dengan kes aktif meningkat kepada 22,562.  “Peningkatan kes di Johor disebabkan oleh kluster berkaitan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes, ini diikuti oleh Selangor sebanyak 472 kes dan Sabah sebanyak 280 kes,” katanya. Beliau juga memaklumkan pandemik itu meragut enam lagi nyawa menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 463 kes. Katanya…

Read More