Sembilan lagi meninggal dunia

PUTRAJAYA 8 Jun – Sembilan lagi meninggal dunia akibat Covid-19, empat daripadanya kematian di luar hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Menurut data di portal COVIDNOW, setakat ini jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik berkenaan adalah sebanyak 35,699 daripada 4.5 juta kes positif Covid-19 yang dikesan.

Data itu juga menunjukkan, terdapat pertambahan 1,128 kes baharu direkodkan berbanding 1,330 semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,517,447 kes.

Jumlah kes aktif pula adalah 21,202 kes dan daripada  jumlah itu, sebanyak 20,239 individu atau 95.5 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 25 dirawat di ICU dan 12 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu Selangor terus merekodkan kes harian tertinggi dengan 598 berbanding 612 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 1,371,160 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 170 (266) dan Pulau Pinang 78 (92).

Ini diikuti Sabah 63 (63), Perak 47 (58), Johor 44 (43), Kedah 34 (49), Negeri Sembilan 26 (54), Sarawak 22 (16), Melaka 12 (30) dan Kelantan 10 (18).

Pahang pula merekodkan lapan kes (9), Terengganu tujuh (3), Wilayah Persekutuan Putrajaya enam (16), Perlis tiga (0) dan Wilayah Persekutuan Labuan 0 (1).

Related posts

Leave a Comment