8 kluster baharu, 223 aktif

PUTRAJAYA 30 Dis. – Lapan lagi kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan 506 kluster direkodkan oleh Kementerian Kesihatan setakat ini.
Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 283 termasuk lima hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia, Kluster Assumption, Kluster Blok 31, Kluster Tanjung Bunga, dan Kluster Jeri.
Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 223 dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.
Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Choh (374 kes), Kluster Tampoi Jaya (138 kes),  dan Kluster Beringin (61 kes).

Berikut lapan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu:
* KLUSTER TEMBOK CHOH
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Kulai, dan Mersing di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat tahanan. Sehingga 30 Disember, sejumlah 1,020 individu disaring, di mana 382 kes dikesan positif.

* KLUSTER TAPAK BINA BROGA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 27 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 30 Disember, sejumlah 318 individu disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif.

* KLUSTER TAPAK BINA JALAN STESEN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-94863) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember, sejumlah 607 individu disaring, di mana 54 kes dikesan positif.

* KLUSTER SLOT BERJAYA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 30 Disember, sejumlah 44 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

* KLUSTER JALAN NIKOLAS
Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-107921) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan di tempat kerja. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 54 individu disaring, di mana enam kes dikesan positif.

* KLUSTER GERBANG PONGSU
Kluster ini melibatkan daerah Kerian dan Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100176) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember, sejumlah 53 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

* KLUSTER DAMAI KETARI
Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108567) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember , sejumlah 65 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif.

* KLUSTER ALOR
Kluster ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah serta daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-101128) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember, sejumlah 33 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment