1,870 kes 6 kematian


PUTRAJAYA 30 Dis. – Kes jangkitan Covid-19 terus merekodkan empat angka dengan 1,870 kes baharu dilaporkan hari ini di mana Johor buat pertama kalinya melaporkan kes harian tertinggi iaitu 607.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kes positif mencecah 110, 485 dengan kes aktif meningkat kepada 22,562. 
“Peningkatan kes di Johor disebabkan oleh kluster berkaitan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes, ini diikuti oleh Selangor sebanyak 472 kes dan Sabah sebanyak 280 kes,” katanya.
Beliau juga memaklumkan pandemik itu meragut enam lagi nyawa menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 463 kes.
Katanya sebanyak 745 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ialah 87,460.
Dr Noor Hisham berkata sehingga kini, terdapat 131 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya kes kematian pula melibatkan lima lelaki dan dua wanita warga tempatan berusia lingkungan 45 hingga 69 tahun iaitu empat di Sabah serta masing-masing satu di Johor dan Selangor.

Related posts

Leave a Comment