Brunei catat lima kes baharu

BRUNEI DARUSSALAM merekodkan lima kes import baharu positif Covid-19 hari ini, 30 Disember 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 157 sejak pandemik itu dilaporkan pada 9 Mac lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar memaklumkan, kes import dari negara India itu melibatkan mereka yang tiba dengan Penerbangan Diraja Brunei BI874 (seorang) dan BI4112 (empat orang) melalui Kuala Lumpur pada 18 Disember lalu.

Kes ke-153 melibatkan seorang lelaki berusia 29 tahun yang tiba dari Kuala Lumpur pada 18 Disember lalu.

Bercakap pada sidang media petang ini, beliau berkata, kes 154 seorang wanita, 27 diikuti kes-155 seorang wanita, 61, kes-156 lelaki berusia 61, suami kes-155 dan kes ke-157, wanita berusia 33 tahun.

Dr. Md Isham berkata setakat ini, 16 kes import direkodkan sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan pada 6 Mei lalu. Hari ini adalah hari ke-238 Brunei Darussalam tanpa jangkitan tempatan.

Ketika ini, sebanyak 580 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan selepas tiba dari luar negara.

Setakat ini, 10,304  telah menamatkan pengasingan diri mandatori di kemudahan yang ditetapkan.

Related posts

Leave a Comment