Kes positif Indonesia 735,124

JAKARTA 30 Dis . – Indonesia mencatatkan 8,002 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 735,124 kes dengan kes aktif 109.439.

Dalam tempoh pukul 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 603,741 pesakit dilaporkan sembuh termasuk 6,958 orang yang disahkan pulih hari ini manakala 67,615 lagi pesakit dalam pemantauan.

Sebanyak 241 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 21,944 orang.

Provinsi Jakarta menjadi wilayah tertinggi merekodkan kes positif keseluruhan iaitu 181,713 dengan 2,053 kes baharu, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan kes keseluruhan kematian tertinggi iaitu 5,762 orang.

Sementara itu bagi kes baharu, Jawa Barat merekodkan 1,233 kes, Jawa Tengah 951, Jawa Timur 896 dan Sulawesi Selatan 538.

Bagi kes sembuh pula, Jakarta mencatatkan 1,574 kes dengan kumulatifnya 162,817 kes, Jawa Barat 1,208 kes, Jawa Timur 911, Jawa Tengah 439 dan Sulawesi Selatan menambahkan 421 kes.

Kes kematian pula, Jawa Tengah merekodkan 79 kes, Jawa Timur 61, Jakarta 21, Yogyakarta 11, Bali sembilan dan Jawa Barat dua.

 

 

Related posts

Leave a Comment