Johor pula mendahului

Johor melaporkan 607 kes baharu dan 86 sembuh.

Pertambahan kes di Johor adalah disebabkan kes dalam kluster sedia ada dan kluster baharu (538 kes). Kluster Tembok Choh, iaitu kluster baharu mencatatkan 382 kes.

Selain daripada itu, terdapat 40 kes saringan kontak rapat dan baki 29 kes adalah daripada lain-lain saringan.

Perincian kes di empat negeri tertinggi..

Johor: 607 kes
538 kes daripada kluster-kluster, termasuk 374 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Choh;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Selangor: 472 kes
65 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Broga;
286 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
121 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 280 kes
14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
176 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
90 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 219 kes
95 kes daripada kluster-kluster, termasuk 66 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Stesen, Kluster Slot Berjaya, dan Kluster Jalan Nikolas;
40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
83 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

#kkm

Related posts

Leave a Comment