Kelonggaran solat jemaah

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) memberi memberi kelonggaran khas menambah bilangan jemaah dalam pelaksanaan solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid, surau kebenaran solat Jumaat dan surau kariah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Keputusan itu dibuat berdasarkan penelitian yang telah dijalankan dan melepasi tapisan semakan di kawasan berkenaan.

Untuk rekod, Majlis Keselamatan Negara telah melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Daerah Hulu Langat berikutan statistik penularan kes Covid-19 yang agak tinggi di beberapa kawasan.

Walau bagaimanapun, JAIS telah membuat semakan berdasarkan aplikasi MySejahtera dan penelitian lebih bersasar ke setiap kawasan masjid dan surau dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Daerah Hulu Langat sebagai asas memberi kelonggaran khas menambah bilangan jemaah.

Berikutan keputusan itu masjid dan surau kebenaran solat Jumaat dibenarkan 40 orang jemaah tidak termasuk pentadbir manakala bagi solat lima waktu, masjid dihadkan kepada 23 jemaah (pentadbir sahaja) manakala surau pula 16 jemaah (pentadbir sahaja).

Bagaimanapun, aktiviti-aktiviti pengimarahan masih ditangguhkan di semua masjid dan surau kecuali secara online atau FB live.

Related posts

Leave a Comment