JUMLAH kes jangkitan Covid-19 seluruh dunia kini mencecah 70 juta orang dengan kematian hampir 1.6 juta dan kes sembuh 45.2 juta, demikian menurut data Johns Hopkins University. Setakat pukul 9 pagi ini, daripada 70,111,812 kes global, Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 15,817,169 kes jangkitan dan 294,690 kematian.
India pula merekodkan 9,796,769 kes dengan jumlah kematian 142,186 tempat ketiga selepas Brazil yang merekodkan 179,765 kematian dan 6,781,799 kes.
Rusia dan Perancis masing-masing merekodkan 2,574,319 dan 2,405,210 kes.
Lapan buah negara merekodkan lebih satu juta kes iaitu Itali 1,805,873, Sepanyol 1,730,575, Argentina 1,489,328, Colombia 1,408,909, Jerman 1,298,776, Mexico 1,217,126, Poland 1,115,201 dan Iran 1,092,407.
Menghampiri satu juta kes adalah Peru yang merekodkan 979,111 dan Turki 955,766 sementara Ukraine 895,620 dan Afrika Selatan 845,083.
Melebihi setengah juta kes adalah Indonesia 605,243, Netherlands 604,331, Belgium 600,397, Iraq 572,600, Czechia 569,205, Chile 567,974, dan Romania 545,567.
Sementara itu, bagi kematian global pula, di belakang AS, Brazil dan India adalah Mexico yang merekodkan 112,326 kes diikuti UK 63,603, Itali 63,387, Perancis 57,671, Iran 51,727, Sepanyol 47,624, Rusia 45,370, Argentina 40,606, Colombia 38,669.
Peru 36,499, Afrika Selatan 22,952, Poland 22,174, Jerman 21,296, Indonesia 18,511, Belgium 17,692, Chile 15,782, Turki 15,751, Ukraine 15,278, Ecuador 13,858, Kanada 13,267, Romania 13,116, Iraq 12,549 dan Netherlands 10,049
Daripada 45,280,965 kes sembuh, India mendahului dengan 9,290,834, AS 6,135,314, Brazil 6,076,719, Rusia 2,041,006, Argentina 1,324,792, Colombia 1,304,299, Itali 1,052,163, Jerman 952,527, Peru 914,600, Mexico 896,130, Poland 815,356, Iran 787,853, Afrika Selatan 758,373, Chile 541,345 dan Iraq 503,897.