JAKARTA – Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia menyekat akses kepada 3,796,902 laman sesawang perjudian dalam talian bermula 17 Julai 2023 hingga 9 Oktober lalu, kata Menterinya, Budi Arie Setiadi
Beliau berkata, tindakan itu penting sebagai sebahagian daripada pemantauan siber yang berterusan dalam usaha membanteras aktiviti haram dan mewujudkan internet yang lebih selamat untuk rakyatnya.
Dalam satu kenyataan, kementerian juga telah menyekat 31,751 pautan berkaitan perjudian di laman sesawang institusi pendidikan dan 31,812 pautan di laman sesawang kerajaan.
Katanya, terdapat keperluan untuk melindungi kumpulan yang terdedah, khususnya golongan muda daripada bahaya perjudian dalam talian.
Kementerian itu dengan kerjasama Bank Indonesia telah mengambil tindakan terhadap 573 akaun e-dompet yang dikaitkan dengan perjudian dan telah meminta Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (OJK) menyekat 7,599 akaun bank yang terlibat dalam aktiviti ini.
Sekurang-kurangnya 21,000 kata kunci berkaitan perjudian telah dilaporkan kepada Google dan lebih 5,793 kepada Meta sebagai sebahagian daripada strategi kami,” tambahnya.
Nnn
