1,600 kes baharu, 2 kematian

PUTRAJAYA 7 Dis. – Sebanyak 1,600 kes baharu Covid-19 direkodkan bagi tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik itu di negara ini sebanyak 74,295 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 11,604 kes.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan dua kes kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 384 kes.

Setakat ini, terdapat sebanyak 129 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan peningkatan dengan pertambahan sebanyak 1,033 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 62,306 kes.

Related posts

Leave a Comment